JAKARTA: Polis Indonesia menumpaskan kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan penahanan 11 individu, termasuk tiga warga Malaysia di Batam, Kepulauan Riau.
Kesemua suspek terlibat dalam enam kes pada April dan Mei yang dipercayai bertindak menguruskan kemasukan PATI dari Batam ke Malaysia termasuk menggunakan bot laju melalui 'laluan tikus'.
Pesuruhjaya Polis Barelang, Nugroho Tri Nuryanto berkata seorang suspek warga Malaysia berumur 44 tahun ditahan di Pelabuhan Internasional Harbourba pada 30 April.
"Suspek juga mengendalikan urusan visa pelancong yang tamat tempoh bagi membolehkan PATI dapat meneruskan kerja," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam satu lagi kes, sepasang suami isteri warga Malaysia berumur 54 tahun dan 50 tahun ditahan di Pelabuhan Ferry Harbour Bay pada 15 Mei.
"Suspek yang mempunyai syarikat di Malaysia datang ke Batam untuk menjemput PATI," katanya.
Seramai 13 mangsa dari Nusa Tenggara Timur, Pulau Jawa dan Pulau Sumatera telah kembali ke tempat asal dengan kerjasama Balai Pelayanan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP3MI).
Siasatan polis mendapati suspek menerima bayaran antara RM1,400 dan RM1,800 untuk mengurus kemasukan PATI dan mendapat lima juta rupiah (RM1,539) daripada setiap mangsa.
Suspek disyaki melanggar Fasal 81 dan Fasal 83 mengenai Perlindungan Tenaga Kerja dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum 15 juta rupiah atau RM4.6 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Kesemua suspek terlibat dalam enam kes pada April dan Mei yang dipercayai bertindak menguruskan kemasukan PATI dari Batam ke Malaysia termasuk menggunakan bot laju melalui 'laluan tikus'.- Gambar hiasan
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI
Kesemua migran adalah warga Indonesia, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.
Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia
Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.
Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.
18 PATI warga Myanmar ditahan
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.